Thursday, 23 October 2014

Masalah '2 second shutdown' (Laptop Model: asus x42j)

1. Laptop mengalami masalah mati dalam 2 saat setelah button on dihidupkan. (video)
video
Cara mengenal pasti punca:

1. Masalah ini boleh terjadi disebabkan
   
    1.1 Static charge

    1.2 Bad contact pada solder komponen

    1.3 Masalah pada adapter

    1.4 Short circuit

    1.5 DC jack problem , dsb........


Dalam masalah ini,punca adalah dari bad contact pada solder komponen yang mengakibatkan sambungan sekejap ada sekejap xdak ( circuit x sempurna kadang kala)


Untuk keterangan lanjut hubungi 019-455 4748 (Acap)

Wednesday, 22 October 2014

Masalah 'No power'

Masalah 'No power'

Updated 2 seconds ago
'No power' disebabkan oleh nec tokin 0d158 (high speed capacitor)

Simptom2 nec tokin

1. Laptop selalu restart/mati sendiri
2. Blue screen
3. Laptop tidak boleh diformat
4. Laptop hanya boleh digunakan didalam keadaan safe mode
5. Laptop tidak boleh hidup terus
Step by step cara membaiki laptop:




1. Laptop lengkap dengan bateri dimasukkan charger tetapi lampu charge battery tidak menyala dan setelah button on ditekan pun laptop tidak menyala


2. Sekadar melakukan ujian untuk memastikan yang motherboard mendapat power dari output adapter. Bacaan dari multimeter menunjukkan 19v (sekala 50 digunakan) 

3. Kedudukan nec tokin dikenal pasti

 4. Sebelum memulakan kerja2 menanggalkan nec tokin,
   4.1 Lindungi kawasan2 tertentu menggunakan foil tape,
   4.2 Letakkan sedikit flux bagi memudahkan timah mencair,
   4.3 Gunakan mesin preheat bagi mengelakkan motherboard terbakar akibat kesan menggunakan suhu      tinggi secara mengejut.
   4.4 Setelah mesin preheat menunjukkan bacaan suhu sesuai, gunakan hot air blower untuk menggalkan nec tokin dari tapak

5. Gambar menunjukkan nec tokin yang telah ditanggalkan dan juga tapak nec tokin yang kosong.

6. Bagi menggantikan nec tokin terdapat dua kaedah iaitu
   6.1 Dengan menggantikan semula nec tokin dengan nec tokin yang baru
   6.2 Menggantikan nec tokin dengan smd capacitor 330uf

7. Setelah selesai proses penggantian,laptop diuji terlebih dahulu sebulu dipasang semula.

8. Laptop yang telah siap dipasang semula dan berfungsi normal kembali.
Perlukan bantuan? Hubungi 019-455 4748 (asyraf) untuk pertanyaan.

Thursday, 9 October 2014

Kerosakan pada CPU Fan



1. Kerosakan cpu fan biasanya berlaku disebabkan oleh dua faktor utama iaitu

    1. CPU fan rosak
    2. Power point cpu fan pada motherboard rosak
    3. Ground point cpu fan pada motherboard rosak

Kes 1

CPU fan rosak

1.Gantikan dengan cpu fan yang baru

Kes 2

Power point/ground point cpu fan pada motherboard rosak

1. Kenal pasti point mana satu yang mengalami kerosakan
2. Lakukan pengubahsuaian yg sesuai menggunakan point2 lain yang berkaitan


1.laptop dihidupkan dan cpu fan tidak berpusing/berfungsi seperti selalunya

2.- gunakan bateri (utk ujian ini,kami menggunakan bateri 1.5v AA dua biji utk mendapatkan nilai minimum yg diperlukan utk menghidupkan cpu fan iaitu 3v)
  - hasil ujian menunjukkan nilai 3v pada multimeter menandakan bateri telah siap utk dijadikan alat ujian

3.cpu fan tidak berfungsi sebeblum wayar +ve di sambungkan ke bateri

4.setelah wayar +ve dan -ve disambungkan kipas mula berfungsi seperti biasa,ini menunjukkan bahawa cpu fan tidak mengalami sebarang kerosakan sebaliknya point power atau ground sahaj yang mengalami masalah..dalam kes ini point power cpu fan pada motherboard mengalami masalah

5.- pengubahsuaian powerpoint cpu fan dilakukan dengan menyambungkan wayar +ve(power) ke satu point lain yang mampu menghasilakn 3v ke 5v(maksimum power yg mampu diterima cpu fan).kebiasaannya power point dari usb port akan digunakan.
  - hasilnya cpu fan kembali berfungsi seperti biasa.

Masalah 'no display'

Masalah 'no display'
Masalah 'no display' boleh berpunca dari pelbagai aspek,antaranya

1.GPU chipset rosak 
2.Processor rosak 
3.Screen rosak
4.LED/LCD ribbon rosak
5.RAM rosak 
6.Slot RAM rosak 
7.Static cas pada komponen tertentu 
8.Lain-lain 

Dalam kes ini, punca yang menyebabkan 'no display' adalah kerana keyboard mengalami gangguan static cas (terjadi disebabkan habuk,overload current,dsb)

 Cara mengatasi
 1. Sesetengah kes boleh diselesaikan dengan hanya menggalkan komponen yang terkena gangguan static dan dipasang kembali. 
2. Namun bagi kes yang agak serius, jika sekadar menggalkan komponen tidak akan membantu mnyelesaikan masalah tersebut,vlaptop hendaklah dibawa kepada pakar untuk mendapat bantuan teknikal.


1.Seperti yang diberitahu oleh customer,laptop mengalami no display sesudah dihidupkan
2.Selepas keyboard ditanggalkan,laptop dihidupkan dan paparan pada screen kembali normal,ini menunjukkan keyboard mengalami gangguan static(boleh membawa kepada kerosakan keyboard)
3.Selepas menjalani proses nyah static cas,secara menyeluruh,laptop dipasang kembali dan hasilnya laptop kembali berfungsi secara normal